Wednesday 2 October 2013

masih dalam perjalanan

dunia ini sekadar taman permainan buat kita umat manusia bagi mencari sinar yang telah dijanjikan olehNya..sinar itu pasti akan kita peroleh sekiranya kita berusaha..Allah swt telah menjanjikan jannah buat hambaNya yang setia dan tawaduk..perjalanan hidup kita didunia ini tidak begitu lama tetapi mengapa kita masih alpa..alpa dengan semua yang tidak kekal selamanya..dunia ini juga akan lenyap..hancur atas izin-Nya...apa yang perlu kita lakukan??adakah terus kaku melihat dunia yang penuh kesakitan ini..ayuhlah bangkit wahai rakanku...beranjaklah bersama mencipta satu paradigma..sesuatu perubahan itu bermula dengan dirimu..setiap langkahmu diperhati oleh-Nya...atau kamu malu dan tidak yakin engkau boleh melakukannya??mengapa perlu malu jika kamu melakukan sesuatu yang benar..lihat lah dirimu di cermin...kamu harus malu pada diri sendiri dan penciptaMU..astagfirullah...lahirnya kita didunia ini sebagai khalifah...kita khalifah wahai diriku dan semua...pimpinlah hatimu dan bermunajatlah pada-Nya...insya-Allah..
Dia tidak melihat kejayaanmu  malah Dia melihat usahamu...

#peringatan buat diriku yang lemah ini#

Monday 29 April 2013

seorang sahabat Ansar terkena panah semasa bersolah ketika berkawal

bismillahirahmanirahim....
teringat waktu pagi di sekolah..di saat pengetua shre story ni..mm....harap dapat dijadikan
tauladan buat saya dan semua..insya-Allah..aamiin

...semasa Nabi saw pulang daripd satu Ghazwah, Baginda telah berhnti di suatu tempat pada waktu malam. Baginda saw telh bertnya, " siapakah yang akan berjaga dan berkawal pada malam ini?"
seorang sahabat Muhajir, Hazrat Ammar bin Yasir r.a dan seorang sahabat Ansar Hazrat abbad bin Bishir r.a telh menawarkn diri, " kami berdua akan berkawal."

Rasulullah saw mengarahkan mereka berdua supaya berkawal di satu bukit kerana musuh mungkin akan datang dari arah itu. Mereka berdua telah pergi ke sana..
Apabila tiba disana, Hazrat Abbad telh berkata kepd Hazrat Ammar, " kita bahagikan malam kepd dua bhgian, satu bhgian kamu tidur dan saya berjaga semntra satu bhgian lgi kamu berjga dan saya pula tidur. Sekiranya kedua-dua kita berjaga sepnjg malam mungkin kedua-dua kita akn dikuasai mengantuk dan terus tidur. jika ada apa-apa bhaya yang disedari oleh orang yang berjaga, dia perlu mengejutkan kawannya dengan segera."

Bahagian malam yang pertama jatuh pada gilirn Hazrat Abbad untk berjga semntra Hazrat Ammar telh pergi tidur. Hazrat Abbad telh memulakan solah.
Seorang lelaki daripada pihk musuh telh datang. Dia lihat dari jauh seseorang telh berdiri lalu telah memanahnya. Apabila dia melihat orang itu tidak pun bergerak, dia memanah untuk kali kedua dan ketiga. Setiap anak  panah menembusi badan Hazrat Abbad dan beliau mencabut satu demi satu dengan tangannya dan membuang anak panah itu. Kemudian beliau dengan tenang telah rukuk dan kemudian sujud. Selepas menyempurnakan solahnya barulah beliau mengejutkan kawannya.

Apabila musuh melihat bahawa disamping Hazrat Abbad ada orang yang kedua maka dia telah lari
dengan anggapan mungkn ada ramai lagi orang. Apabila kawannya bangun dan melihat pada
badan Hazrat Abbad terdapat tiga tempat yang sedang mengalir darah maka beliau pun berkta
" Subhanallah, kenapa engkau tidak mengejutkan aku sejk awal-awal lagi?"
Hazrat Abbad menjawab, "saya telah memulakan bacaan satu surah(al- kahfi), hati saya tidak ingin rukuk seblm saya menamatkan surah itu. Walaupun demikian, saya terfikir, mungkin saya akan mati kerana dipanah berkali-kali sedangkan tugas mengawal yang diberikan oleh Rasulullah saw tidak akan tercapai. Sekiranya saya tidak memikirkan demikian saya rela mati dengan tidak melakukan rukuk dan sujud sebelum surah itu ditamatkan."(Baihaqi)

Sunday 28 April 2013

hanya semalam

semalam..penuh dengan cerita..gelak, tangis, senyum, duka..yang dijadikan paparan buat kita pada hari ini...semalam perlu disimpan rapi sebagai sebuah kenangan..
kenangan yang dijadikan sebagai pedoman...semalam juga penentu bagi hari muka kita...sama ada baik atau sebaliknya..ada yang derita kerana semalam dan ada juga yang gembira kerana semalam..
tetapi bukan salah semalam jika hari ini kamu menangis..ianya salah kamu yang tidak cuba perbaiki kesilapan semalam pada hari ini...mengapa kau salahkan semalam?pernahkah kau terfikir setiap yang terjadi hari ini bukan kerana SEMALAM..tetapi kerana KAU?!
kau tlah mengkhianati diri kau sendiri..kau SEDAR tak?!
kau seperti menyalahkan takdir...percayalah...setiap ujian yang diberi adalah hikmah buat kita dikemudian hari...Dia tidak pernah menyakiti hamba-Nya..
jadi..
biarkan semalam berlalu pergi dan kau perlu hadapi cabaran yang bakal tiba kemudian hari...jangan kau pandang semalam sebagai titik kekalahan tetapi pandanglah semalam sebagai titik permulaan untuk kau...

"ANGIN AKAN TERUS BERHEMBUS KE DEPAN, AIR AKAN TERUS MENGALIR MENGIKUT ARUS"

dan KAU..

"ADAKAH ENGKAU MASIH INGIN BERPATAH BALIK?"



Tuesday 14 June 2011

only momentary

close your eyes and think for a minute for peace everyday,
it would open your heart and soul for peace and harmony...